Kumpulan Sera |
Sejarah
ringkas mengenai kumpulan Sera. Kumpulan rock ini terdiri daripada Zamree
/ Oyee (vokalis), Zainuddin / Uban (gitar), Kamil (gitar), Rahim (bass) dan
Zulkifli (dram). Pada mulanya mereka merupakan penggemar muzik rock yang
melanda tanahair sekitar 80an dahulu. Berbekalkan bakat serta cita-cita yang
tinggi akhirnya mereka berjaya membentuk band sendiri lalu diberi kesempatan
untuk merakamkan album bersama Pustaka Muzik NSR (M) Sdn Bhd.
Nama ‘SERA’ adalah singkatan dari nama album pertama
mereka iaitu Sentuhan Rasa. Album Sentuhan Rasa diterbitkan pada tahun 1991
oleh penerbit Wan Zul dan Iwan Syahman berkonsepkan Komersial Hard Rock dan
Balada Slow Rock. Antara lagu yang menjadi hits dalam album ini ialah Dibadai
Asmara dan Aku pemuisi rindu. Kumpulan Sera tika itu bersaing dengan
kumpulan-kumpulan rock seangkatan yang lain antaranya Iklim. Bukan sahaja di
Malaysia, malah kumpulan ini turut dikenali di Brunei dan juga Singapore.
Akhirnya sekitar tahun 1996 kumpulan ini telah bubar
dan anggotanya membawa haluan masing-masing.
Tanggal 26 Februari 2011, gitaris Sera, Uban telah kembali ke Rahmatullah pada usianya 46 tahun kerana sakit barah usus. Alfatihah..
Album Kumpulan Sera - Sentuhan Rasa |