![]() |
Kumpulan Ozon |
Pada awalnya kumpulan rock ini menggunakan nama DEFENDERS. Ketika itu DEFENDERS aktif bermain muzik di ekspo-ekspo dan majlis perkahwinan. Anggota kumpulan ini terdiri daripada Adie / Asmadie (vokalis), Deek / Mohamad Sidek (bass), Anchoy / Shamsul Kamal (dram) dan Yah /Mohd Fadzullah Myionshah (gitar). Kesemua mereka berasal dari Utara tanahair.
Ketika demam
rock melanda negara, band ini menjadikan Metallica, Motley Crue dan
Scorpions sebagai idola mereka dalam bermuzik. Pada tahun 1990, DEFENDERS diberikan
peluang untuk merakamkan album bersama GSE good style enterprise sdn bhd .
Dengan kerjasama
syarikat rakaman dan RTM, akhirnya nama DEFENDERS ditukarkan
kepada OZON
Album Ozon berjudul ‘KRONIK’ diterbitkan pada tahun 1992 oleh penerbit Man. Antara lagu-lagu hits yang sering berkumandang di corong-corong radio dari album ini ialah Sayembara, Epilog Cinta Luka dan Bunga Lalang.
Namun setelah 2 minggu berada di pasaran,
album ini terpaksa ditarik balik kerana terdapat masalah di peringkat pengurusan
syarikat rakaman lantaran krisis ekonomi yang melanda negara ketika itu.
Akhirnya kumpulan ini terkapai-kapai lalu membawa haluan masing-masing. Anchoy / Shamsul
Kamal (dram) menyertai kumpulan Melissa dalam album ‘PUTRI NAGASARI’ 1993.
![]() |
Album Ozon - Kronik |