expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Kumpulan Fancy. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Fancy. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Kumpulan Fancy


Sebelum menggunakan nama Fancy, kumpulan ini dikenali dengan nama Roses. Nama Roses menjadi kontroversi apabila sebuah kumpulan dari syarikat lain menggunakan nama yang sama. Demi untuk menghapuskan segala kekeliruan, maka mereka bertukar nama kepada Fancy.


Kumpulan Fancy


Fancy dianggotai oleh Shamsuddin Sidek (vocal), Shaharuddin Jantan (gitar), Shahril Abdul Aziz (gitar kedua), Mazlan Bohari (bass) dan Abdul Wahab Haji Hussin (drum). Mereka telah muncul dengan album yang berjudul Fikiran pada tahun 1992. Sebelum merakamkan album, Fancy pernah menduduki tempat kedua dalam pertandingan bakat PKNS pada tahun 1989. Kejayaan ini adalah detik bermulanya Fancy sebagai artis rakaman. 


Album Fikiran’92 diterbitkan sendiri oleh anggota Fancy dan Fauzi Marzuki. Kesemua susunan muzik adalah kreativiti Fancy sendiri dengan Fauzi Marzuki sebagai pemuzik undangan. Album ini berteraskan hard rock. Pada penghujung tahun 1992, kumpulan ini telah terbubar dan anggota-anggotanya membawa haluan masing-masing.