expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Kumpulan Medicine. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Medicine. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Kumpulan Medicine



Kumpulan Medicine
 
Kumpulan Medicine berasal dari Negeri Sembilan dan ditubuhkan dalam tahun 1985. Anggotanya terdiri daripada Norhizam Haji Shair/Ijam (vokalis), Rohaizar Ramli/Ija (gitar utama), Mohd Suhaimi Ibrahim/Mi (gitar kedua), Raihan Ramli/Han (bass) dan Johari Harun/Joe (drum).

Kumpulan Medicine diperkenalkan ke dunia rakaman oleh Nasir P Ramlee dalam album War Rock keluaran syarikat rakaman Mutiara yang beroperasi di Seremban. Album tersebut turut disertai oleh beberapa kumpulan lain antaranya Pratayuda, The Kids dan Midnight. Dalam album itu Medicine menyanyikan lagu Diderai Kerinduan, Ingatlah dan Bantulah Aku.


 


Medicine telah menang tempat kedua dalam pertandingan Juara Rock Negeri Sembilan pada tahun 1986. Seterusnya menyertai Juara Juara Rock Malaysia anjuran Dewi Suhana Studio di Kuala Lumpur pada penghujung tahun 1987. Pertandingan tersebut telah menobatkan Ija sebagai pemain gitar terbaik.

Album pertama Medicine berjudul Titian (1988) mendapat sambutan yang luar biasa iaitu mencecah jualan melebihi 20,000 unit dalam tempoh cuma 20 hari. Album Titian diterbitkan oleh Usop dan Sani dari kumpulan Kopratasa. 
Untuk info, lagu Derita Seorang Filosuf telah diharamkan penyiarannya di Radio RTM ketika itu kerana sukar difahami liriknya. 

Lagu-lagu Medicine telah banyak bertanding di Anugerah Juara Lagu TV3. Medicine juga pernah mendapat tajaan daripada Lee Jeans.


Album-album kumpulan Medicine:

Titian (1988)  di bawah label Muzik Matahari
Muzakarah (1990)  di bawah label Muzik Matahari
Medicine (1992)  di bawah  label Sony Music
Kembali (1993)  di bawah label Sony Music