expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, October 26, 2013

Kumpulan Sera

Kumpulan Sera




Sejarah  ringkas mengenai kumpulan Sera. Kumpulan rock ini terdiri daripada Zamree / Oyee (vokalis), Zainuddin / Uban (gitar), Kamil (gitar), Rahim (bass) dan Zulkifli (dram). Pada mulanya mereka merupakan penggemar muzik rock yang melanda tanahair sekitar 80an dahulu. Berbekalkan bakat serta cita-cita yang tinggi akhirnya mereka berjaya membentuk band sendiri lalu diberi kesempatan untuk merakamkan album bersama Pustaka Muzik NSR (M) Sdn Bhd.


Nama ‘SERA’ adalah singkatan dari nama album pertama mereka iaitu Sentuhan Rasa. Album Sentuhan Rasa diterbitkan pada tahun 1991 oleh penerbit Wan Zul dan Iwan Syahman berkonsepkan Komersial Hard Rock dan Balada Slow Rock. Antara lagu yang menjadi hits dalam album ini ialah Dibadai Asmara dan Aku pemuisi rindu. Kumpulan Sera tika itu bersaing dengan kumpulan-kumpulan rock seangkatan yang lain antaranya Iklim. Bukan sahaja di Malaysia, malah kumpulan ini turut dikenali di Brunei dan juga Singapore.


Akhirnya sekitar tahun 1996 kumpulan ini telah bubar dan anggotanya membawa haluan masing-masing.

Tanggal 26 Februari 2011, gitaris Sera, Uban telah kembali ke Rahmatullah pada usianya 46 tahun kerana sakit barah usus. Alfatihah..



 

Album Kumpulan Sera - Sentuhan Rasa

Kumpulan Ozon


Kumpulan Ozon


Pada awalnya kumpulan rock ini menggunakan nama DEFENDERS. Ketika itu DEFENDERS aktif bermain muzik di ekspo-ekspo dan majlis perkahwinan. Anggota kumpulan ini terdiri daripada Adie / Asmadie (vokalis), Deek / Mohamad Sidek (bass),  Anchoy / Shamsul Kamal (dram) dan Yah /Mohd Fadzullah Myionshah (gitar). Kesemua mereka berasal dari Utara tanahair.


Ketika demam rock melanda negara, band ini menjadikan Metallica, Motley Crue dan Scorpions sebagai idola mereka dalam bermuzik. Pada tahun 1990, DEFENDERS diberikan peluang untuk merakamkan album bersama GSE good style enterprise sdn bhd .  

Dengan kerjasama syarikat rakaman dan RTM, akhirnya nama DEFENDERS ditukarkan kepada OZON


Album Ozon berjudul ‘KRONIK’ diterbitkan pada tahun 1992 oleh penerbit Man. Antara lagu-lagu hits yang sering berkumandang di corong-corong radio dari album ini ialah Sayembara, Epilog Cinta Luka dan Bunga Lalang.
Namun setelah 2 minggu berada di pasaran, album ini terpaksa ditarik balik kerana terdapat masalah di peringkat pengurusan syarikat rakaman lantaran krisis ekonomi yang melanda negara ketika itu. Akhirnya kumpulan ini terkapai-kapai lalu membawa haluan masing-masing.  Anchoy / Shamsul Kamal (dram) menyertai kumpulan Melissa dalam album ‘PUTRI NAGASARI’ 1993.



Album Ozon - Kronik

Friday, October 4, 2013

Kumpulan Sensasi

Kumpulan Sensasi


Kumpulan Sensasi. Sensasi ke? Hehe..


Kumpulan rock ini berasal dari negeri Terengganu. Anggotanya adalah Abd Aziz (gitar), Basri (gitar kedua), Azhar (bass), Jasli Ngadeni (drum) dan Lan Laga selaku penyanyi utama yang kini telah terkenal sebagai komposer dan penulis lirik. Sensasi bernaung di bawah label Perdana Muzikal Industri dan popular dengan lagu Asmara Dua Benua. Kumpulan ini agak kurang mendapat publisiti dan hanya menghasilkan satu album sahaja. Album Asmara Dua Benua diterbitkan oleh Sensasi sendiri bersama saudara Izhar.




Album Kumpulan Sensasi