expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Kumpulan Figures. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Figures. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

Kumpulan Figures


Kumpulan Figures

Venus Junior adalah nama asal bagi Figures. Anggota Figures terdiri daripada Isa Hamzah (penyanyi), Ahmad Daud Yusof (gitar),  Hamid Kadir (gitar kedua), Mohd Hassan (bass) dan Ahmad Abdullah (drum). Kumpulan rock ini sempat menghasilkan sebuah album terbitan Pustaka Muzik NSR yang bercirikan pop rock. Album ini adalah album rock pertama terbitan komposer dan penerbit terkenal,  A.Ali.

 

Sebelum itu, Figures pernah menjadi naib johan dalam pertandingan Juara Juara Rock Malaysia 1987 yang diadakan di Hollywood East Disco, Kuala Lumpur. Figures juga pernah diberi peluang merakamkan lagu bersama empat kumpulan rock lain dalam album Batu-batu Perjuangan.




Album Kumpulan Figures - Kalau Terpaksa

Kehadiran Figures dalam arena seni tempatan mendapat sambutan yang baik kerana imej muzik pop rock yang dibawakan sesuai dengan semua golongan umur. Tambahan pula muzik pop rock mendapat tempat di TV, radio dan media berbanding muzik heavy metal dan hard rock. Figures juga tidak ketinggalan menyahut seruan kerajaan agar tidak berambut panjang. Selepas album pertama, Figures menukar nama kumpulan mereka kepada Gravity.

 

Lagu-lagu Dalam Album Figures:

Biarkan  (A.Ali / Lukhman S)

Kalau Terpaksa  (A.Ali / Habsah Hassan)

Di Mana Dia  (Dennis / Omar Osman)

Akhirnya Aku Kau Lukakan  (Figures / Juwie)

Dosa Semalam  (Figures / Talha Tukiman)

Seandai Hatinya Kecewa  (Dennis / Juwie)

Sengketa  (Ahmad Ali  / Talha Tukiman) 

Saat Yang Teriris  (Figures / Omar Osman)

Semalam  (A.Ali/ Lukhman S)

Sayang Terputus Di Sini  (A.Ali / Habsah Hassan)