expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Kumpulan Lestari. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Lestari. Show all posts

Wednesday, May 1, 2013

Kumpulan Lestari



Kumpulan Lestari, sebuah kumpulan rock jiwang yang terkenal di era pertengahan 90an dengan lagu-lagu syahdunya seperti Cinta Itu Ketawa dan Airmata, Mahligaimu Dari Airmataku dan Sekelip Mata Kau Berubah.

Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1988 dengan nama RESTU dan diasaskan oleh pemain gitarnya, Kamal.


Kumpulan Lestari


Lestari pada asalnya adalah beraliran heavy metal dan berpenampilan rambut panjang ala glam rock metal. Ketika itu mereka aktif menyertai pelbagai pertandingan muzik yang diadakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Bakat dan kemahiran mereka membuatkan mereka berjaya ditawarkan menjadi artis rakaman. Nama Restu kemudiannya diganti menjadi Lestari.


Lestari berjaya memasuki pertandingan akhir pujaan 10-Nescafe anjuran RTM tiga tahun berturut-turut. Ternyata lagu-lagu dendangan Lestari diminati ramai di seluruh nusantara dan menjadikan Lestari antara kumpulan muzik yang amat popular pada era 90an.


Album-album Lestari:

1 - Fieza Khalila (1992)
2 - Tatirana (1993) - Kemasukan Amir (1st Guitar) dari band Suria (Rock Galactica)
3 - Terima Kasih (1995)
4 - Aku Yang Terpilih (1996) - Kemasukan Carlos (bass) dari kumpulan Ad Hoc, menggantikan John yang ketika itu berehat kerana masalah peribadi
5 - Koleksi Hits (1997)
6 - Satu Hati (1997)
7 - Airmata Saksi Cintaku (1998)
8 - Dua Jiwa Satu Cinta (2004) -  Shamsul sebagai drummer



Lestari kini masih lagi aktif dalam setiap jemputan persembahan.

Lineup terkini Lestari:
Wan – Vokalis
Kamal – Gitarist
Carlos – Bassists
Sham – Drummer