expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Kumpulan Meditasi. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Meditasi. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Kumpulan Meditasi

Salinan dan ihsan dari blog CROMIRAMA..







Meditasi atau nama asalnya Metal Wizard ditubuhkan pada sekitar tahun 1984 di mana anggota-anggota asalnya terdiri daripada Rosli (gitar), Mazlan (gitar), Yan (bass), Danas (keyboard),  Razali dan Burn (vocal). Kesemua mereka berasal dari Kampung Gali Hilir Raub, Pahang dan mula bergiat aktif bermain muzik di majlis-majlis kahwin serta funfair di sekitar Raub Pahang.


Walaupun anggota-anggota Metal Wizard ketika itu terikat dengan pekerjaan tetap dan masih ada yang menuntut, mereka tetap rajin menjalani latihan muzik bagi meningkatkan prestasi. Metal Wizard mendapatkan bimbingan dan pengawasan daripada kelab LLN dan JKR Raub, Pahang.


Tahun 1986 melakar sejarah buat mereka apabila Metal Wizard telah menjadi juara dalam pertandingan Juara-Juara Rock peringkat negeri Pahang. Ini menjadikan nama Metal Wizard ketika itu semakin dikenali di Pahang. Dalam tahun yang sama juga mereka turut serta dalam Pertandingan Juara Rock Malaysia yang mana ianya turut disertai band May, Desire dan The Kids. Dalam pertandingan itu Metal Wizard gagal mendapat sebarang tempat. Namun kegagalan itu tidak mematahkan semangat dan minat mereka dalam bermuzik. Mereka terus berusaha bagi memantapkan lagi permainan muzik mereka di samping menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu.


Akhirnya usaha Metal Wizard membuahkan kejayaan apabila demo yang mereka hasilkan telah diterima oleh syarikat rakaman PMI (Perdana Muzikal Industri). Maka bermulalah era kehidupan mereka sebagai artis rakaman dengan nama MEDITASI. 


Nama Meditasi merupakan idea daripada Liey (gitaris) setelah melihat nama-nama menarik dalam kamus. Nama Meditasi juga diilhamkan daripada sebuah lagu yang terdapat dalam album kumpulan Headwind.


Setelah lebih 6 bulan menjalani rakaman di Studio Channel 11, akhirnya album sulung Meditasi berjaya dihasilkan. Album yang berjudul ‘Meditasi’ (1990) ini diterbitkan oleh Thomas Ham di mana lagu-lagu dalam album ini tersenarai  dalam carta lagu-lagu slow rock terbaik. Album ini mencatatkan jualan melebihi 50 ribu unit, suatu jumlah yang membanggakan bagi sebuah kumpulan rock baru ketika itu. Antara lagu hits dalam album ini adalah Biar Pedih Kasih Memanjang dan Saat Ini Kau Tiada Lagi.



Album Pertama Meditasi


Ternyata kumpulan Meditasi bukannya calang-calang pemuzik. Mereka pakar dan cekap dalam permainan muzikmasing-masing. Buktinya Meditasi tidak menggunakan sessionist dalam rakaman album mereka.


‘Bidadari’ (1992), album kedua Meditasi yang juga mencatatkan jualan yang membanggakan iaitu menghampiri 75 ribu unit. Album yang diterbitkan oleh Rosli Mohalim ini menjalani rakaman di Singapura. Bidadari dan Hukuman Pada Pesona merupakan lagu hits dalam album ini.
 

Kejayaan kedua-dua album ini membuatkan nama Meditasi ketika itu kian popular. Rezeki mereka melimpah ruah dengan banyak peluang mengadakan show di seluruh Negara. Meditasi juga pernah beraksi di Thailand dan mendapat jolokan ‘antu malay’ oleh peminat-peminat di sana.


Konsert  terbesar yang pernah disertai mereka adalah Konsert Ekspo Perdagangan dan Pesta Kraftangan di Kedah. Ketika itu berpuluh-puluh ribu hadirin membanjiri tapak ekspo untuk menyaksikan persembahan Meditasi.


Album ketiga Meditasi, Realisme diterbitkan setahun selepas album kedua mereka.


Goyangnya syarikat rakaman PMI ketika itu telah memberi kesan terhadap perjalanan seni Meditasi. Akhirnya setiap anggota Meditasi membawa haluan sendiri.


Sehinggalah pada tahun 1995 Meditasi telah muncul kembali dengan album yang berjudul Demi Rindu. Album ini diterbitkan di bawah label SCS. Hanya Burn dan Raja Azreen sahaja anggota asal yang terlibat dalam album ini, selebihnya adalah anggota baru Meditasi iaitu Man Tobey dan Bonn.


Sehingga kini Meditasi masih lagi aktif mengadakan persembahan dalam setiap undangan tidak kira di mana sahaja. Walaupun usia masing-masing telahpun menghampiri setengah abad namun skill permainan dan kemantapan mereka dalam bermuzik tetap maintain.