expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 15, 2012

Kumpulan Purnama



Kumpulan Purnama foto:wiraaz


Purnama merupakan sebuah kumpulan rock yang ditubuhkan pada tahun 1989 dan berasal dari berbagai negeri. Purnama terdiri daripada perpecahan kumpulan rock lain iaitu Satria, Sutera dan Hallions.  Angota-anggota Purnama adalah Aman Shari Idris (vocal), Daud Dagang (gitar), Ramlan Idris (drum), Hishamuddin Ibrahim (bass) dan Mohd Hazri (gitar).




Album Kumpulan Purnama - Materialisme 1990



Purnama bernaung di bawah syarikat Kuzam Record Enterprise. Album Purnama iaitu Materialisme diterbitkan pada tahun 1990 oleh Yusno Jaafar dan diedarkan oleh syarikat FMG. Rakaman album mereka dilakukan di Studio Booty Boys, Kuala Lumpur. Purnama mengetengahkan konsep rock Melayu berirama slow rock yang diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Uniknya album Materialisme ini, ia bermesej dan bertemakan materialisme (kebendaan) yang melanda dunia ketika itu. Manusia sanggup bermusuhan kerana materialistik dan kebendaan.



Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album Materialisme:
 

Materialisme   (Lathy / Yusno JS)

Melangkah Derita   (Purnama / Ungku Zaini / Puteri Balkis)

Destinasi   (Purnama / Nor & Rassidi)

Buta Dua Alam   (Yusno JS)

Kumbang Durjana   (Lathy / Huzaifah)

Kesepian   (Lathy, Joey / Elynajwa)

Ragam Manusia   (Rahim Baba / Razak Mohd Nor)

Sentuhan Cinta   (Yusno JS / Yusrenny)

Perang Saraf   (Purnama)

Hamparan Duka   (Yusno JS / Zur,ain)




No comments:

Post a Comment

Post a Comment